![]() |
indahnya kecantikan WANITA |
ASSALAMUA'LAIKUM ,hye ! hye !hehe .i'm coming back !tibe2 datang mood nk update blog malam yg indah lagi permai nie .ceceyh !huhu .Walaupun mate nie agak berat nk bukak ,sebab mOod mengantuk sudah datang !aiyOo !kacau line sungguh .hehe .tapi ,tak pe .demi korang ,yayang curi2 mase tido sikit sebab yayang nak share ngan korang tentang indahnya kecantikan wanita .so,yayang ngan rase syukurnye sebab dapat jari yg cantik lagi runcing nie ,sebab dpt jugak nak type tok blog yg tersayang nie kan .huhu Semenjak hari-hari yang saya lalui minggu ini, saya terbaca banyak perkara dan belajar pelbagai perkara mengenai wanita .oke la ,kite straight to the point ,ea . ?
Kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.
Kita sebagai perempuan yang cantik akhlak dan budi pekerti mahu menjadi bunga, menghias sayapnya seorang insan bername lelaki. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Dimanakah kecantikan dan keindahan seorang wanita itu ?mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan.
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
jom kite amalkan tips2 menyolek :
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."
Alhamdulillah ,mendapat keimanan disebalik kosmetik tersebut .selamat mencube ea ?hehe .
hmm ,yayang tahu yayang tak cantik .tapi ,bukan bermakne tak cantik di akhirat kan ,kawan-II ? hehe .
*Saya tahu saya tak cantik . Tapi, walaupun saya tak cantik, saya tetap ada kelebihan..
*Saya tahu saya tak cantik, saya tak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
*Saya tahu saya tak cantik, saya tak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
*Saya tahu saya tak cantik, saya tak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
*Dan kerana saya tahu saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Biarlah ,yayang tak cantik pada pandangan manusia .. so , yayang akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH . Kerana bukan kecantikan dunia yang patut kita kejar .Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak .
InsyaAllah .hope sangat dapat jadi cantik macam bidadari ,macam Ainul Mardhiah .bahagia nye ,rase kan . :)
oke lah ,sampai sini dlu ea ?nak tido dulu nie .kang ,lambat bngun sahur plak .renung2 kan ,dan selamat beramal !
huhu .