awak ENCIK JISIM :)




Di awal perkenalan sekadar memerhati tanpa ada perasaan bermain di hati ,hanya sekadar teman 1 bumbung (kelas) ,bukan 1 hati .Panggilan "Si MERENG dan Si SHOT" temani hari-hari dua insan yang ingin melupakan cerita luka di hati .Sama-sama ingin melupakan dan merawat hati .Bibit bibit perkenalan dari hari ke hari semakin serasi dan perasaan juga terisi tanpa disedari .Kerapnya kita bertemu di sini membuatkan kita tenggelam dalam imaginasi yang tersempurna memberikan kita sesuatu yang bererti .Bait-bait kata yang diluahkan seolah-olah mengerti di saat keadaan benar-benar dirasai .Kata-kata madahan menjadi suara hati , dan timbul sebuah misteri yang telah menjadi Chemistry di antara dua insani .Ikut kata hati. Walaupun pernah hancur luluh tapi hati ini masih berfungsi .

Semasa kita ketawa bersama, semasa bertengkar kerana perkara yang tiada kena mengena dalam hidup kita berdua, semasa berbicara sepanjang malam tentang benda yang kita suka dan sebaliknya, bila kita saling menyokong antara satu sama lain bila rasa lemah tiba, semasa kita saling mendoakan kejayaan kita berdua, semasa kita berkongsi rahsia kerana saling percaya dan semua perkara kita lakukan bersama. Dan di celah semua itu aku jatuh cinta namun jauh di sudut hati tak rela ada antara kita yang kecewa .Namun ,serangkai hati tetap ingin ku takluki .
Saat kau tiada di sisi bagai sampan hanyut di lautan sepi .Terumbang ambing di lautan resah .Apabila wujud berjauhan antara kita nostalgia kita yang dulu sering bertandang dalam celahan hari .Terjaga bagai sedari dalam mimpi yang panjang .Di sisi terlenalah setia .Rupanya kita dalam mimpi yang membuatkan terpaksa berjauhan lagi dan makin erat dirantai di gelangi rindu :'( .InsyaAllah ,jodoh milik kita :)
-->Wahai si penjaga hati ,"TOLONG JAGAKAN HATI SAYA BAIK-BAIK ye :) "

THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou

No comments:

Post a Comment