hye ,guys :) wow ~ lame gile kod tak update .hehe .maklum lah busy mengalahkan PM tau .tapi ,busy yayang up sikit pada PM .haha .syuhhh! syuhhh ! pegi men jauh-II ye ,habuk dan kuman .hehe .sempena petang yang indah lagi berseri-II nie ,yayang tibe-II rajin nak update blog :) HAHA .okayy ,jom ! check it out ! haa ,tau tak pasal ape ?ptut lah mke blur kan .hehe .nak cite pasal sape lagi .pasal abah si jantung hati yayang la :) kenal tak ?hehe .kalau tak kenal ,meyh nak kenal kan .Haa ,pic yang diatas tu la orang nya :)
ABAH I LOVE YOU ,

Setiap kali bercakap dengan mak di handset, sedar tak diri tu, sape yang ada di sebelah mak masa tu ,yayang oi ? hee ~Lupa lak ek ? Tak nampak ek ?Tau lah rabun tahap kritikal .Tapi , memanglah tak nampak dah dok pun kat lain .Kui3 .Tambah-II dah meng INTERFRAME kan diri di negeri orang ni .nak tahu leteww at mane kan ?hehe .Yayang dah sambung study at Politeknik Ipoh  *opps ~ OVER ~~ HAHA .Okayyy ,kita sambung meyh .Haa , Sian . It is your abah la ,yayang .Tapi ,Tapi ,Nape abah tak cakap pun dgn yayang ? At least cakaplah sepatah . Hek eleh budak ni~ Ngada2 pulak .hee ~daripada form 1 berjauhan mang tu lah kebiasaan nya .mak je lah jadi watak utama kalau on call .
Memangnya seorang lelaki tu memang sukar dan tak pandai meluahkan perasaan sayang .Seorang ibu lebih berterus terang, sebab tu seorang mak dan abah tu saling memerlukan
antara satu sama lain dan diperlukan oleh anak2 .How perfect they match to each other . Subhanallah .
Kadang2, ada si isteri yang lembut hati ,suaminya keras hati .So that, bila ada orang buli isterinya , dia boleh back up .(macam abah letewww :) .loveyou ,bah <3 ) .Mak untungkan dapat abah ?hee ~Allah ciptakan sume sangat cantik dan molek .kan ?kan ?Abah ingat lagi tak ?dulu-II masa yayang berhingus lagi (abah tlg lapkan) HAHA .sajee nak manje-II .hehe .Abah lupa ea ? Okay2 ,takpe-II . Jom kita pi balik ke zaman lampau  .Pinjam pintu suka hati dan mesin masa doraemon jap . Jeng ! Jeng ! Jeng !alahaiii ,anak abah nie ,tak maced-II lagi ke ?hee ~

Ahaaa ,abah ingat tak ?You're superb  to be my HERO . Yeah~ alaa ,mase tu .hobi yayang suke sangat TER tidur at depan tb .konon letih sangt leteww .hehe .Tapi kan ,Abah yang angkat . Best ,wOo ,HAHA .Bertuah punye anak .Abah la heroku . Tak terlawankan oleh superman, goku, batman or ultraman or bobo boy sekalipun . Sebab abah adalah yang real . Sentiasa real .sangat ,really miss the moment Posted ImageBila tahu seorang abah sedang mencuba menunjukkan, terasa cara seorang abah tu sangat comel dan sweet.. Heee..Heeee
Haa ,ade lagi ,ade lagi .ade satu masa diri nie dok merungut2 pasal kulit muka yang senstive macam ala-II princess barbie nie kat mak . Sape yang dok kat tepi setia mendengar ? Abah la kan ? Abah ada cakap apa2 tak masa tu? Takde pun kan ?Tapi ,tengok-II sruh bersiap macam puting beliung nak bawak cepat-II g hospital .kritikal sangat ek ,bah ?HUHU .Bila tahu seorang abah sedang mencuba menunjukkan, kasih sayang nya ,keprihatinan nye kan .Rasa cara seorang abah tu sangat comel dan sweet . Heee ~tapi ,macho nye ,tetap maintain kan ,bah ?HAHA .

Abah jugak seorang yang sentimental . Kihkih . Pernah Yayang tengok abah dok termenung sorang2 kat luar rumah . “Abah tengah buat apa ?”, terdetik hati ni nak tahu *nyibuk jee .HAHA . Pastu terdengar abah dok soksek2 sorang2 . Bila je kita tahu butir bicara abah yang sayup2 tu . Haih~ Terasa nak gelak je . Abah ni . Apalahh . Ada ke dok cakap dgn kucing2 kat luar rumah tu . “putih ,hitam , dok kat luar je ye . Hang tak boleh masuk rumah, nanti takut hang yakk lam rumah " Adoiyaiii , abah ni . Toksah risau la . Abah ni lawak .hee ~
Perangai abah camne? Abah seorang yang tak banyak cakap . Seorang yang tak pandai mengekspresskan perasaan . Seorang yang tak pandai nak mendamaikan hati .Yang die tau hanginn 1 badan macam monster .HEE ~Tapi jauh di lubuk hatinya, semua perasaan yang kita anggap tak wujud atau tak ada itu sebenarnya tersemat rapi dan setiap hari mekar mewangi .Alahhh , Lelaki memang rata2nya camtu . Jenis yang tak luahkan apa yang mereka rasa . Memendam itu lebih baik .
Pelik kan?ahaa ,belum denga suare dea lagi .kalah bom hiroshima tau .*mke autmatik blur .hee ~tp ,skarang dah jauh .rindu plak .

Kalau mak mengeCALL anaknya yang cantik macam die nie .bukan main lagi . hambuih3~ Banyak sungguh naaa nak citer .
Sume benda nak citer . Seorang perempuan tu kan suka banyak cakap .Sebab tu klau nak kurangkan or nak reda kan marah seorang mak, just be silent, wat muka insap sikit ,n angguk2 pale penuh takzim lalu mintak maaf . Yang lagi best tahan je la kena bebelan 360 das. 98 das tersasar and  then, senyap . Haha .kalau abah plak ,jenis tak berape nak berborak sangat ,tapi yayang manje ngan abah :) So nak bagi die berborak over lebih sikit ,kena la tanya2 sikit,"Abah sihat? Kucing2 sihat?"
Hahaha . Comel lah abah nieee .besar tau pengorbanan sorang abah nie .sayang abah deep-deep heart <3

ABAH ,
membuat sebagai ketua keluarga yang seperti tiang penyangga ,dari bangunan keluarga kite sentiasa akan berusaha untuk menahan setiap hujungnya yang membuatkan keluarga kite merasa teduh dan dilindungi .Allah sudah menjadikan bahu abah yang berotot dan kuat untuk membanting tulang untuk menghidupi seluruh keluarga kite dan kegagahannya harus cukup kuat untuk melindungi seluruh keluarganya .Allah memberikan abah kemahuan agar mencari sesuap nasi .yang berasal daripada titisan keringatnya sendiri .yang halal dan bersih agar tidak terlantar meskipun mendapat complaint daripada anak-anaknya .Allah memberikan abah keperkasaan dan mental yang waja agar yang membuatkan diri abah pantang menyerah demi keluarga kite kan ,bah .abah dah merelakan kulit abah tersengat bahang matahari dan bsah kuyup kedinginan kerana hujan dan yang selalu abah ingat abah akan membawa hasil rezeki daripada susah payahnya yang hanya DIA yang tahu ,.atok pernah cerita kulit abah putih gila dulu :) okay ,sambung <3

ABAH ,
Allah memberikan ketabahan ,kesabaran ,kesungguhan agar membuat diri abah merawat dan membimbing kami ,tanpa ada keluh kesah walaupun di setiap perjalanan nya keltihan ,kesakitan yang kerap menyerang nya .Allah telah memberikan abah sentuhan perasaan yang akan memberikan nya kenyamanan saat abah sedang menepuk bahu anaknya agar selalu menyayangi dan mengasihi sesama saudara .Allah memberikan abah kebijaksanaan untuk memberikan kesedaran untuk kami tentang masa depan .abah dah berkerut dekat dahi tu ,bah .yayang faham abah telah menunjukkan abah telah berusaha se maksimum yang boleh untuk membahagiakan dan mencari rezeki yang halal disisi Allah untuk kami .

ABAH ,
mak ,abah .ketika usia mak ,abah sedang merangkak tua yayang berharap dapat memahami dan memiliki kesabaran untuk mak ,abah .kerana yayang tahu ,orang tua nie sensitif kan ,mak abah ?ketika pendengaran mak abah semakin kurang atau tidak jelas ape yang yayang perkatakn ,ketika lutut mak abah semakin lemah .jangan risau ye .Allah dah bagi kekuatan kat yayang untuk bagi yayang tolong mak,abah bangun seperti bgaimana mak ,abah ajar yayang berjalan ketika masih kecil dulu .

hurmm ,,walaupun yayang tahu Abah takkan baca punya apa yang yayang tulis ni tapi yayang nak Abah tahu yang yayang sayang Abah!walaupun tak mampu diungkapkan dgn kata2 segala pengorbanan Abah membesarkan kami sume ,malah kami tak mampu nak balas semua tu tapi Allah ada .kami memohon pada Allah.moga Abah tergolong dalam kalangan orang2 yang beriman dan calon penghuni syurga kelak .Doa yayang sentiase ade tok Abah .AmeenPosted Image .




THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou

No comments:

Post a Comment