Cuti sem sudah habiss ♥

Pagi yang gelap kini sudah terang ! hoho *gelak santa claus smbil meringankan tangan kemas baju *Alamak tak muat beg ! HAHA .aishh .sekejap je masa berlalu .2 bulan sudah menghabiskan sisa-sisa cuti di rumahku syurgaku yang tercinta .Bukan lama nak tunggu 2 bulan .Tup,tup .Dah 2 bulan sudah .Hari ni last lah nak makan free ,nak ngadap tb ,dannn berakhirlah sudah menjadi cinderella terhormat di rumah niee .Haha .Takpee ,cuti lagi nanti automatik bertukar balik kepada cinderella terhormat .Hmm ,Sem baru ,azam baru ,semangat baru ,lecturer baru dannn pointer (up 3.5) baru agak nya :) hewhew .Plan nak naik pentas .Bling-bling mata kejelousan memandang senior-senior yang dapat Anugerah Ketua Jabatan tuh .Agaknya aku bila lagi ? *mintak-mintak tercapai .

Kalau boleh kan ,1 class boleh sama-sama naik pentas .Share kejayaan sama-sama .Romantik gituu .Barulah awesomeee  :) Rinduu pulak dekat semua classmates yang handsome lagi cun melecun tuh .HAHA .Lepas nie ,kena fokus over sikit .NO MALAS  *kena rajin-rajin ye :) kena upgrade pointer yang lepas .Biar kasi shining lagi ~hehe .Doakan lah ye .Semoga kita peroleh kejayaan yang cemerlang didunia mahupun di akhirat .InsyaAllah .

Malam nie ,agaknya bertolak ke Rumah sewa tercinta .hehe .Banyak barang agaknya kena bawak .Stok bulan puasa sekali .Hehe .Tahun nie ,buat pertama kali nya berpuasa di tempat baru ,persekitaran baru ,with kawan baru dannn bf baru .Muahaha *opps bestfriend baru ye .Harap semua berjalan dengan lancar semua yang dirancang .Amin .Rinduuu semua yang ada at ipoh .Baby (scooter) ,kawan-kawan dann termasuk lah Nasi goreng USA .hihi .Kan alin kan ?HAHA .Proses pemackingan barang tergendala akibat daripada nyot nurul shakinah yang meroyan agaknya .HAHA .habis wall diconteng nya .Terima Kasih nyot ! Haihh .Okay lah .nak sambung kemas barang balik .Assalamualaikum *sambil lambai tangan :)



THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou

Dear Nisfu Sya'aban ♥

Assalamualaikum sahabat yang cantik lagi handsome :) ,




Alhamdulillah selesai sudah mengerjakan solat berjemaah dan baca surah yassin (3x) .
Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433 ツ .Ingat tak ?Hmm ,nak berkongsi rasa .Subhanallah ,bahagia ,tenang ,rasanya .Tambah-tambah bila tengok bulan .Subhanallah ,cantik *Terpegun dengan ciptaan yang Maha Esa .Selepas maghrib hari ini, bermula lah buku catatan kita yang baru, yang lama akan diangkat ke langit oleh Malaikat .Tutup buku lama, buka buku baru, buang perasaan dengki segala yg buruk ada pada hati kita serta jangan lupa banyak kan amalan *Nasihat untuk diri sendiri jugak :) 
Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam yang penuh keberkatan ini .Agaknya ,masih belum terlewat untuk share kan antara amalan-amalan yang elok ,baik dilakukan oleh kita .Antaranya ialah :
✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput .

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali .

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin ,puasa sunat dan lain-lain .
Golongan yang tidak diberi perhatian Allah ,Nauzubillah .
✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.

Okay lah .Sampai di sini saja .Maaf ye ,sikit je boleh share .Akibat Penyakit M sudah datang .Hehe .Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu & sempurnakanlah bagi kami petunjuk yg lurus dlm urusan kami .Semoga kita dirahmati Allah ,dan mati dalam iman dan tergolong dalam golongan yang beriman :') Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah dan yang lemah itu datangnya daripada diri kita sendiri .Selamat beramal ツ
P/S: Berkongsi sumber dengan sumber-sumber yang lain :)

THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou