Dear Nisfu Sya'aban ♥

Assalamualaikum sahabat yang cantik lagi handsome :) ,




Alhamdulillah selesai sudah mengerjakan solat berjemaah dan baca surah yassin (3x) .
Sahabat, hari ini sudah 14 Sya'ban & malam ini adalah Malam Nisfu Sya'ban -15 Sya'ban 1433 ツ .Ingat tak ?Hmm ,nak berkongsi rasa .Subhanallah ,bahagia ,tenang ,rasanya .Tambah-tambah bila tengok bulan .Subhanallah ,cantik *Terpegun dengan ciptaan yang Maha Esa .Selepas maghrib hari ini, bermula lah buku catatan kita yang baru, yang lama akan diangkat ke langit oleh Malaikat .Tutup buku lama, buka buku baru, buang perasaan dengki segala yg buruk ada pada hati kita serta jangan lupa banyak kan amalan *Nasihat untuk diri sendiri jugak :) 
Allah mengampuni dosa² para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam yang penuh keberkatan ini .Agaknya ,masih belum terlewat untuk share kan antara amalan-amalan yang elok ,baik dilakukan oleh kita .Antaranya ialah :
✔- Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput .

✔- Zikir "Ya Allah" 1000 kali .

✔- Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta'lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin ,puasa sunat dan lain-lain .
Golongan yang tidak diberi perhatian Allah ,Nauzubillah .
✖ 1. Orang yang melakukan syirik.
✖ 2. Pengadu domba (kaki batu api).
✖ 3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
✖ 4. Penderhaka kedua ibu bapa.
✖ 5. Orang yang ketagih arak.

Okay lah .Sampai di sini saja .Maaf ye ,sikit je boleh share .Akibat Penyakit M sudah datang .Hehe .Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu & sempurnakanlah bagi kami petunjuk yg lurus dlm urusan kami .Semoga kita dirahmati Allah ,dan mati dalam iman dan tergolong dalam golongan yang beriman :') Sesungguhnya yang baik datangnya daripada Allah dan yang lemah itu datangnya daripada diri kita sendiri .Selamat beramal ツ
P/S: Berkongsi sumber dengan sumber-sumber yang lain :)

THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou

No comments:

Post a Comment