Raya ! Raya ! Raya ! :)



Usha lama sikit .Bukak mata leluas .Mulut kasi tutup .Hati kasi bersih .Gambar apa tu kalian seantero dunia ?Mestilah kad raya ! Design hak milik diri sendiri *tak cantik pun tetap suka :p Mood raya dah menguasai diri belum ?Pejam celik ,pejam celik lusa dah raya tau ? tau ?Mesti tau punya sebab habis dah shopping mall ,kedai-kedai kat Malaysia ni korang dah angkut habis baju-baju ,handbag ,tudung ,shawl ,kasut dan macam-macam lagi lah .Haa .angkutt semua .Hehe .Dah angkut habis tu jangan lupa pulak ,nanti pos angpau raya tau ?Hari ni menggagahkan diri jugak ke tempat kerja sebab mula cuti esok *Encik Badang ,Encik Ultraman ,Encik Power Rangers pun tak gagah macam ni .kehkeh .Sabar jelah .Tapi kejap je kan ?

Dah nak raya dah .Rasa baru je start feeling berpuasa tuh .Dah kena kejar feeling raya pulak .Raya taun ni ,cuti dapat daripada tempat kerja .Macam tahun lepas daripada Poli .Okay kunci utama "Rindu Classmates" .Gilaa tak rindu ?Hok tu ler yang kaki gila .Hok tu ler kaki merepek dan hok tu jugak ler ngadap sampai next year .Tambah-tambah si Alin Kolin tuh .Victoria Senrose *ajet-ajet omputeh dea tuh .haha .Rindu jugak member-member lama .Hope raya ni dapat jumpa .Ehemmm ! *tak sabar .Excited jugak raya tahun ni ,sebab raya kat kampung .Sebab ?Sepupu ,sepapat bertemu semula *jejak kasih .Tahun ni mood rajin datang .Sebab tetiba rasa teringin nak buat kek raya .2 jenis maybe ?kehkeh .Nak rasa meyh lah datang rumah ;) Okay lah sampai disini saja kemerepekan .Mood rajin nak update sokojap je haa .Jumpa lepas raya pulak ;) Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk seluruh umat islam .Semoga Ramadhan akan datang kita berjumpa nya lagi .Inshaa Allah .

THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou

Solat Tarawih + Solat Witir secara bersendirian :)

Kehadapan stalker disayangi *Ehh ,nak update blog ,bukan nak tulis surat :p Ni first entry untuk pagi yang nyaman lagi aman di bulan Julai ni .Whoaaa ~ sekejap je masa berlalu .Alhamdulillah ,hari ni masuk hari kedua kita sebagai umat Islam yang masih mengumpul pahala daripada Maha Pencipta .Puasa tak hari ni ?*hehehe gelak baik .Alhamdulillah ,baik nya dia .Anak siapa ni ?hihi .Rasanya belum terlambat kod nak ucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa untuk Ramadhan 2013" kepada seluruh Hamba Allah sama ada dalam negara atau luar negara :)






Ehem-ehem *betulkan posisi diri ,mata fokus menghadap lappy ,jari mencapai tahap kelajuan untuk memecut ,otak sedang berlegar-legar untuk mengeluarkan apa yang di fikiran ,mood mengumpul segala magnet-magnet "rajin" pagi ni semata-mata nak update blog ..Whoaaa ~ sastera gila ayat .Kehkeh .Tahun ni puasa masa tengah praktikal .Letih ke ?Tak lahh .Seronok jugak lah sebab juadah berbuka masak bersama-sama housemates tersayang (Kak Phia dan Syeera) .Hihi .First day ,Ramadhan tak dapat berbuka dengan family .Tapi ,takpee .This week boleh lah  berbuka dengan Mak Abah :)

Okayyy ,intro entry dah macam essay dah .Kehkeh .Sebenarnya Saya Isteri Dia .Eh ,eh ,eh .Bukan .Sebenarnya entry kali ni nak share pasal solat tarawih .Camne solat tarawih Ramadhan kali ni ?Buat ke idok ?hihi .Maklum lah sebulan dalam setahun je kan ?Hihi .Tahun ni ,solat tarawih kat rumah je .Solat tak ber"imam" .Alhamdulillah dapat jugak berpeluang mengerjakan solat tarawih walaupun bukan kat surau atau masjid .Alahhh ,asalkan niat baik tu ada .Kat mana -mana pun boleh solat kan ?Asal tempat yang boleh cukup syarat-syarat nak solat .Kalau ada kesempatan nak solat dekat surau area rumah sewa tu :)

Sebagai hamba Allah yang ingin berbakti kita mempunyai pilihan ,keupayaan dan kehendak sendiri .Sebabnya ?Solat tarawih ni ibadat tambahan dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan mendekatkan diri kepada Allah .Jadi Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan ,keikhlasan dan jugak kerelaan .Kalau memadai dengan 8 rakaat atau perlu ditambah sehingga 20 itu hanyalah pilihan .Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang .

Lafaz niat solat tarawih :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri) .Solat witir mestilah berbeza dengan solat Maghrib walaupun sama jumlah rakaat nya tapi tak boleh lakukan tahiyyat awal 

Bila dah selesai solat tarawih mesti diakhiri dengan solat witir kan ?Of courseee ! Sebab solat witir ni solat sunat (Sunat Muakkad) dan ia sangat dituntut untuk dikerjakan .Jumlah rakaat solat witir  sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja .

Fadhilat solat witir ialah :

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran."" Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat :

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat :

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Amalan Zikir Selepas Solat Witir :

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ



Doa Solat Witir :


 


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."








Okay ,faham tak anak-anak ?Hehe .Faham dah ?Alhamdulillah .Semoga entry kali ni dapat tolong mana-mana yang masih tak berapa nak faham pasal solat tarawih dan witir secara tidak berimam ni atau dikenali sebagai solat bersendirian .Ilmu agama perlu dikongsi dan perlu dipelajari walaupun kita ada Master dan PhD luar negeripun tak berguna & rugi jika kita masih tak faham ilmu agama .Kalau ada sebarang kesalahan info ,sila beri teguran .Sama-sama kita betulkan .Sekian untuk entry kali ni .Jangan lupa hari ni puasa tauuu .:)






THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou

Warkah Sweet lagi Sour buat Encik Bakal Suami







Muhamad Missyahrul Nizam bin Mislan insan sebaik nama dan sebaik orangnya  ,

Kehadapan  Muhamad Missyahrul Nizam bin Mislan  yang tersayang  ,yang tercinta  ,dan yang tercomot  dan InsyaAllah merangkap Bakal Suami saya 5 tahun lagi *Senyum sampai lebam .Ihiks .Semoga di saat ini ,di jam ni ,di minit ni awak dalam keadaan sihat, bahagia di samping saya dan sentiasa di iringi rahmatNya *tengok jam .dah 1.10 am dah rupanya .Saya harap ni bukan surat yang terakhir daripada saya buat awak *ligat otak fikir ayat .haha


 Kenangan kita ,Milik kita ,

Tujuan saya kirimkan warkah buat awak .Sebab ?Mestilah sebab sempena Ulang Tahun kita yang ke 4 tahun .Sekejap je kan masa berlalu ?Aah ,sekejap jeee .Kalau masa tu kita baby ,mesti sekarang dah besar .Ihiks .Now ,we are 4 years already still together sayang .Alhamdulillah walaupun pahit,manis,masam,tawar yang telah kita berjaya lalui .Semoga kita sama-sama kuat untuk tempuh dugaan yang akan datang .Ehem ,ehem ,do you remember ? *ecehhh .Omputeh kejap .Hehe .Awak ingat lagi tak, masa mula-mula kita kenal dulu?Masa tu, kita masih kanak-kanak ribena lagi .Masih berhingus lagi .Huhu .Baru 16 tahun .Tapi bukan cinta monyet .Cinta ulat gonggok kod ?haha .Okayy serious balik .Ehemm .Kita bergaduh ,kita bertumbuk .Eh ?Ade ke ?hehe .Kita bergurau .Kita berjumpa .Kita bersembang .Dan kita tetap bahagia kan ? J Dulu macam Tom and Jerry .Lepas tu terus boleh pulak jadi macam Prince dan Cinderella .Huhu .Sweet tak ?Okay tahu dah sweet .Kalau sour pun tu awak .Bukan saya .Huhu .



Setelah Aku ,Kau Miliki ,

Awak ,awak .Ingat tak ? Kata azimat dan keramat daripada awak ni ?
”Ermm...de sowng dax  nie an...nme dye mis..dye ske sowng dax nie...org pnggl dye yayang..tp dye xtaw ur yg yyang nie ske dye ke x..law ley mis nie nk ajk yyng nie kple..tp takot lak shah mare..skang nie dax mis nie ase srbe slah lak..dye takot xditrime je..yea spe ur dye nie..huu..pe ek jwpn yyng 2 ?huu..”-07 June 2009 (21.03.13 pm) “
Masa tu dalam fikiran saya .”Apa patut saya buat ?Awak memang untuk saya ?Awak ikhlas ?Saya boleh percayakan awak ?Mak Abah boleh tersenyum kalau awak bersama saya ?Apa akan jadi lepas saya terima awak ? Awak handsome ?Ehh .Takde fikir sampai camtu sekali .Yang sedang-sedang saja .Yang penting dia setia –by Iwan Dangdut .Eh ?Nyanyi pulakk .Dan ?bla..bla..bla..otak ligat bekerja lagi nak fikir tentang AWAK ” *banyak songeh ke ?complicated sangat eh saya fikir tentang awak ?huhu .Bukan complicated atau banyak songeh ,Tapi langkah berjaga-jaga .Huhu .Tapi berbaloi kan ?Fikir punya fikir .I’m yours J Suka ?Suka la tuh .


Kisah Cinta Kita ,

After married .Eh ?Married dah ?Belum lagi .Baru selepas saya terima awak .Haa ,baru betul .Bergaduh lagi ?Bertumbuk ?Awak panggil saya “mereng” lagi ?Saya still panggil awak “shot”? Tak dah kod ?Perkembangan yang positive dan menarik !Sebab ?No more gaduh dah .Eh ?Mana ada tipu .Gaduh sayang je *kenyit mata .hihi .Habis sweet sangat kod .Kita belajar sesama .Belajar Add Maths ?Ohh ,tidak .hihi .Kita Berjaya menunjukkan bahawa kita telah fail sesame subjek tu .Ihiks .Kita belajar sesama Bio .Bukan pasal mengkaji tubuh badan manusia tapi ?Kita sibuk main-main mata :p Tahap focus ?Zero -.- Thats why Bio boleh cukup makan je .haha .Then ,kita makan masa rehat sesama  *Walaupun kekadang je kita makan sesama .huhu .Awak belikan saya aiskrim favourite saya .Cornetto Vanilla *bertambah bunga-bunga cinta untuk awak .Kita bergaduh sesame .Eh ?Kan kata tadi gaduh sayang je .Kita berborak sesame .Berborak pasal apa ?Mestilah pasal masa depan dan rumah tangga lah .Huhu .Kita merepek sesama .Merepek pasal apa ?Mestilah pasal kereta kuda kita for our wedding .Kehkeh .Kita melukis sesama .Eh ?Pernah ke ?Yang saya ingat awak kacau saya melukis sampai tercucuk mata tu .hihi .Kesian dea .Tu lahh .Kacauu tuan puteri ni lagii .haha .Kita balik sekolah sesama *Sweet nya kita masa tu .Rasa macam full time saya dengan awak .Bahagia J Kita memang ditakdirkan bertemu dalam keadaan yang tak kita sangka pun kan ?Tak pernah sedetik pun terlintas kat fikiran saya kita macam sekarang ni .So speechless !



Pengalaman mematangkan fikiran,

Siapa kata takde dugaan ?Yang lepas orang kata jangan di kenang .Tapi still boleh ingat .hehe .Susah rupanya nak jaga anak orang ni ye ?Huhu *Sabar  sambil buat muka comel .Ya ,ya ,ya .Saya tahu cinta hati saya ni seorang yang berpengaruh .Kalah DATUK .hihi .Kacak dan baik orang nya .Ramai gadis-gadis yang memandang  Hero Malaya katakan .Hihi *Jangan marah .Kedut kang muka tu .hehe .?Sebelum kahwin .Biasalah tu .Kang dah kahwin .Perut boroi .Siapa lagi nak pandang kalau bukan saya Isteri awak yang Solehah ni  kan *Masuk shopping mall cari Toblerone sendiri .Ehh ?Peribahasa baru .Tapi ,yelah .Lumrah lelaki .I know that .Tapi kalau awak buat yang sebalik nya .Saya ada hati dan perasaan jugak tau .Nak kata emo lebih tu maybe tak .Sensitive sikit lah ada orang usik hati saya ni .Menangis berlagu M.Daud Kilau siapa nak pujuk ?Fizo ?Yess .Terima kasih bagi idea  .Wekk :p Terima kasih awak tetapkan hati awak untuk saya *sambil  senyum comel kalah baby baru lahir .hihi .Lap hingus .hihi .Tolong jangan tinggalkan saya .Tolong sentiasa ada untuk saya .Dan terima kasih terima saya seadanya .Walaupun saya ni up sikit comel daripada Bella cerita Twillight .Cepat search kat google siapakah Bella ?hehe .Bincangkan .haha .Eh ?Pulak ?Melalutttt !So ,awak Edward saya lah kan ?Atototo .Sweet ?Sour :p
Sedangkan lidah lagi tergigit Toblerone Whit Chocolate .Inikan kita pula baru naik kereta lembu menuju ke gerbang perkahwinan .5 tahun lagi baru sampai .Hihi .Then ?Kompang dipaluuu ~ Pengantin baru ~ Duduk bersanding tersipu maluu ~ *Bunyi kompang



Saya hanya Nor Fadilah binti Mustapa bukan Puteri Raja dan bukan sejenis bantal busuk yang takde perasaan ,

Kadang-kadang apa yang saya luahkan ,tak sama dengan apa yang dalam hati saya .
Kadang-kadang hati saya sedih ,tapi saya tak reti nak menangis .
Kadang-kadang hati saya happy ,saya tak reti nak tunjukkan .
Kadang-kadang hati saya touching ,saya tak reti luahkan .
Kadang-kadang fikiran saya ni luar daripada kotak pemikiran ,fikir something yang tak jadi lagi tapi fikiran dah berlegar-legar ,melayang-layang fikir kan something yang tak jadi lagi .
Kadang-kadang awak happy kan saya ,tak semestinya saya happy tapi sekurang-kurangnya awak dah Berjaya buat saya terubat sikit rasa apa yang saya tak nak rasa .
Kadang-kadang saya rasa saya ni baik hati sangat .Sebab ?Sebab saya nak orang jaga awak ,dekat dengan awak ,sentiasa ada disisi awak bukan macam saya .Jauhh kan ?Walaupun tak ikhlas  nak baik hati tu .hehe
Kadang-kadang saya rasa saya ni kejam .Sebab ?Emo dengan awak tak tentu pasal .Walaupun bukan kehendak saya .Kesian sayang-sayang saya ni kan ? *tarik hidung awak .hehe
Kadang-kadang saya rasa saya comel ?Sebab ?Tu mesti sebab awak yang puji saya :p hehe
Kadang-kadang saya rasa saya belum jadi yang terbaik untuk awak .Tapi saya tengah usaha ni .
Kadang-kadang saya rasa takut kehilangan awak .Sebab ?Awak berhak tentukan hidup dan masa depan awak .Walaupun bukan dengan saya .
Maybe sebab saya ni naluri keperempuanan .Sebab tu emo ,sensitive ,touching memang kerja saya dah .Bukan part time .Full time .haha .Sebab saya sayang awak ,sebab tu jadi macam tu .Apa yang saya tak nak fikir ,saya fikir .Apa yang awak buat ,saya teror menghidu dengan hidung mancung saya ni .Haa ,nak cakap hidung saya kemek lah tuu .Saya bertuah dipilih oleh Awak ,sayang J
Asyik kadang-kadang je .Selalu nya mana ?Selalu tu mestilah saya sayangkan awak .Selalu rindukan awak .Jiwang sangat ke ?Alahh ,sesekali jee .Melting tak ?Tak ?Eii ,cubit kangg .Jenuh pusing 360 darjah kepala ni nak susun ayat tauuu .




 Pengakhir surat ,bukan pengakhir hubungan ,

Okayyy my dear ,sebenarnya jari saya yang cantik lagi runcing ni *runcing ke ?hehe . Dah penat menari-nari ,berjoget-joget  dangdut atas lappy ni .Awak bosan ke baca  surat saya ni ?Saya tahu awak bosan membaca surat saya yang panjang berjela ini *bajet novelis kan ..Tapi saya kena tuliskan semua ini sebab saya sayang kan awak .Sayang sangat sampai  dah banjir dengan airmata dan hingus atas keyboard ni *percaya ke ?Awak kan janji awak percayakan saya .Haa ,lupa lah tuu .Cubit kang .Nampaknya saya terpaksa meng go stant kan diri .Terima kasih ,walaupun awak mengantuk or penat .Awak sudi jenguk surat saya ni .Khassss untuk awak .Terima kasih ,sayang .Awak Rindu saya ,Awak Cinta saya ,Awak Sayang saya ,Awak Kasih saya :)










THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou

Kosmetik yang SAH dibatalkan oleh Malaysia 2008-2013 NEW !




Assalamua’laikum para pembaca yang dikasihi sekalian *Muka excited update blog .hihi .Lama gila dah tak update .Rasanya dah bersawang dah blog ni .Bukan sebab takde masa .Tapi sebab malas .Haha .Tadi ada terbaca artikel pasal kes pembatalan kosmetik/ubat yang tidak dibenarkan di Malaysia .Phew !Takut lah jugak .Habis semua ubat-ubat koi(penggunaan kata ganti diri “Saya” loghat Pahang)  pi geledah nak tengok sah ke tak *Cuak .Yelah ,kang tak pasal-pasal ada kesan sampingan .So ,baik berwaspada sebelum nyawa melayang .Al maklum lah pengguna tegar Ubat allergic (resdung) .hehe .Korang dinasihatkan “jangan” , “dilarang” supaya menggunakan produk dibawah .Produk-produk tersebut telah didapati mengandungi bahan larangan, termasuk racun berjadual yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.Produk seperti tersenarai di bawah tidak lagi dibenarkan diimport/ dikilang/ diedar/ dijual di negara ini dan Pihak Berkuasa  telah mengarahkan supaya semua stok produk berkenaan di keluarkan dari pasaran. So ,kita sebagai warganegara Malaysia perlulah sentiasa berwaspada bagi mengelakkan sebarang penyakit atau kesan sampingan pada masa akan datang .Selain ciri-ciri di bawah korang boleh tengok sama ada terdapat pelekat berwarna perak yang bertulis KKM :) Semoga info ni membantu korang .Sharing is caring J





Tahun 2013
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1MULTI CREAMNOT100764415KTretinoin 
2DQISTEE NIGHT CREAMNOT100802185KMercury   
3DQISTEE BEAUTY DAY CREAMNOT100802184KMercury   

Tahun 2012
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Daily Protecting Cream - Joie et BeauteNOT100778850K /
NOT100602230K
Mercury 
2La Bliss Skin Brightening CreamNOT100200697KTretinoin 
3Sans Dynamic Intensive Light CreamNOT100400422KMercury
4Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion NOT100403485KMercury
5Bio-Clear Intensive Renewal ComplexNOT120503338KTretinoin 
6MS Wellmood Enhancing CreamNOT100602405KTretinoin 
7Renewing CreamNOT100101066KTretinoin 
8E Beaute Total Revitalizer Night CreamNOT100601840KMercury
9MS Wellmood Lightening ComplexNOT100601840KMercury

Tahun 2011
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Sensual Whitening CreamNOT100751321KMercury 
2Derma-Rx Arbutin-R CreamNOT090601556KTretinoin & Hydroquinone
3DS.1 BLEMISH CONTROL CREAMNOT091201931KAzelaic Acid
4EZEE SUNBLOCK CREAMNOT100601213KMercury
5MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUENOT090700043KLead

Tahun 2010
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1NV Toner Treatment No 1NOT05010130KEHydroquinone & Tretinoin
2NV Toner Treatment No 2NOT05010129KEHydroquinone & Tretinoin
3Zara Rejuvenation CreamNOT04081873KEHydroquinone 
4Beauty Line Beautitude Multi-Purpose CreamNOT081201209KTretinoin
5Pigmentation Recovery ComplexNOT081200745KTretinoin
6De Putih Night CreamNOT05100878KETretinoin
7BML HB LOTIONNOT090701336KTretinoin & Hydroquinone
8Krim Malam ShanaNOT090600820KTretinoin & Hydroquinone
9Natasya Gold Krim HerbaNOT091100971KTretinoin & Hydroquinone
10Biotox Whitening Hydro CreamNOT007061310KDexamethasone
11Yoko Whitening CreamNOT080100330KTretinoin
12Sue Beauty Night Treatment CreamNOT080600138KTretinoin
 Tahun 2009
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Felisa Gentle Peeling SolutionNOT07080210KETretinoin
2Krim Malam Rahsia RimbaNOT080801112KHydroquinone
3Biocosmet Whitening Essence
Cream
NOT07122920KEHydroquinone
4~H2O+ Waterwhite Brightening
Night Cream
NOT04102838KEHydroquinone
5Magixpress Lightening PlusNOT07121009KEHydroquinone
6A.Vant CreamNOT05022860KETretinoin
7Eriesya Spa Beauty CreamNOT07122412KEHydroquinone
8Natasya Krim HerbaNOT07090337KEHydroquinone & Tretinoin
9Temulawak Whitening Pearl Cream PapayaNOT03090150KETretinoin
10Ratna Sari Whitening Night CreamNOT080700826KTretinoin
11ATIKA BEAUTY Renewal Night CreamNOT04082451KEHydroquinone
12Chantique - Whitening Night CreamNOT04121404KETretinoin

Tahun 2008
BilNama produkNo. notifikasi (NOT)Bahan kimia yang dikesan
1Khazanah White Pembersih
Wajah
NOT05040954KEHydroquinone
2Gloskin Krim Malam & SiangNOT05082557KEHydroquinone
3Reena's Astringen LanjutanNOT05010659KEHydroquinone
4Skin Desires Deep Whitening
Cleansing Milk
NOT07020213KEHydroquinone
5EETYE Whitening CreamNOT06080859KEHydroquinone
6O'Lynn Skin Lightening CreamNOT06110164KETretinoin

Senarai ini telah dikemaskini pada Januari 2013 .Sebarang pertanyaan atau pengesahan korang kena tanya pada yang pakar :) Terima kasih .

Sumber rujukan dari masa ke semasa korang boleh bukak web ni : http://portal.bpfk.gov.my/index.cfm?&menuid=116
Info ni ,sudah di copy paste dan di edit :) 

THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou