Solat Tarawih + Solat Witir secara bersendirian :)

Kehadapan stalker disayangi *Ehh ,nak update blog ,bukan nak tulis surat :p Ni first entry untuk pagi yang nyaman lagi aman di bulan Julai ni .Whoaaa ~ sekejap je masa berlalu .Alhamdulillah ,hari ni masuk hari kedua kita sebagai umat Islam yang masih mengumpul pahala daripada Maha Pencipta .Puasa tak hari ni ?*hehehe gelak baik .Alhamdulillah ,baik nya dia .Anak siapa ni ?hihi .Rasanya belum terlambat kod nak ucapkan "Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa untuk Ramadhan 2013" kepada seluruh Hamba Allah sama ada dalam negara atau luar negara :)






Ehem-ehem *betulkan posisi diri ,mata fokus menghadap lappy ,jari mencapai tahap kelajuan untuk memecut ,otak sedang berlegar-legar untuk mengeluarkan apa yang di fikiran ,mood mengumpul segala magnet-magnet "rajin" pagi ni semata-mata nak update blog ..Whoaaa ~ sastera gila ayat .Kehkeh .Tahun ni puasa masa tengah praktikal .Letih ke ?Tak lahh .Seronok jugak lah sebab juadah berbuka masak bersama-sama housemates tersayang (Kak Phia dan Syeera) .Hihi .First day ,Ramadhan tak dapat berbuka dengan family .Tapi ,takpee .This week boleh lah  berbuka dengan Mak Abah :)

Okayyy ,intro entry dah macam essay dah .Kehkeh .Sebenarnya Saya Isteri Dia .Eh ,eh ,eh .Bukan .Sebenarnya entry kali ni nak share pasal solat tarawih .Camne solat tarawih Ramadhan kali ni ?Buat ke idok ?hihi .Maklum lah sebulan dalam setahun je kan ?Hihi .Tahun ni ,solat tarawih kat rumah je .Solat tak ber"imam" .Alhamdulillah dapat jugak berpeluang mengerjakan solat tarawih walaupun bukan kat surau atau masjid .Alahhh ,asalkan niat baik tu ada .Kat mana -mana pun boleh solat kan ?Asal tempat yang boleh cukup syarat-syarat nak solat .Kalau ada kesempatan nak solat dekat surau area rumah sewa tu :)

Sebagai hamba Allah yang ingin berbakti kita mempunyai pilihan ,keupayaan dan kehendak sendiri .Sebabnya ?Solat tarawih ni ibadat tambahan dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan mendekatkan diri kepada Allah .Jadi Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan ,keikhlasan dan jugak kerelaan .Kalau memadai dengan 8 rakaat atau perlu ditambah sehingga 20 itu hanyalah pilihan .Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang .

Lafaz niat solat tarawih :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

PERINGATAN:

Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri) .Solat witir mestilah berbeza dengan solat Maghrib walaupun sama jumlah rakaat nya tapi tak boleh lakukan tahiyyat awal 

Bila dah selesai solat tarawih mesti diakhiri dengan solat witir kan ?Of courseee ! Sebab solat witir ni solat sunat (Sunat Muakkad) dan ia sangat dituntut untuk dikerjakan .Jumlah rakaat solat witir  sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja .

Fadhilat solat witir ialah :

1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran."" Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.

Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat :

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"


Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat :

أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ

Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"


Amalan Zikir Selepas Solat Witir :

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ



Doa Solat Witir :


 


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."








Okay ,faham tak anak-anak ?Hehe .Faham dah ?Alhamdulillah .Semoga entry kali ni dapat tolong mana-mana yang masih tak berapa nak faham pasal solat tarawih dan witir secara tidak berimam ni atau dikenali sebagai solat bersendirian .Ilmu agama perlu dikongsi dan perlu dipelajari walaupun kita ada Master dan PhD luar negeripun tak berguna & rugi jika kita masih tak faham ilmu agama .Kalau ada sebarang kesalahan info ,sila beri teguran .Sama-sama kita betulkan .Sekian untuk entry kali ni .Jangan lupa hari ni puasa tauuu .:)






THANKS sebab merepek bersama .JOM LIKE OKE :) loveyou

No comments:

Post a Comment